Monday, 20 May 2013

OBJEKTIF KHUSUS KELAB PENGGUNA



v  Mengembangkan bakat dan potensi dengan betul dan positif

v  Memupuk peribadi murid berikhtiar mendapapt ilmu pengetahuan

v  Menyatupadukan dan menjalin kerjasama antara ahli

v  Mengukuh dan memperkaya ilmu pengetahuan yang dipelajari di dalam kelas

v  Mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah

v  Mengukuhkan integriti antara kaum di kalangan pelajar





MISI DAN VISI KPDNKK


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan


Visi Kementerian
  • Untuk menjadi peneraju utama dalam aspek pembangunan perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan.
  • Bagi mencapai Visi tersebut, Kementerian bertekad melakukan perubahan-perubahan ke arah mewujudkan komuniti perniagaan yang berkesan, penambahbaikan sistem penyampaian serta imej Kementerian dan seterusnya dalam masa yang sama, memperkasakan pengguna.
Misi Kementerian
  • Mewujudkan suasana pasaran yang kondusif bagi memenuhi permintaan komunti perdagangan dalam negeri yang pelbagai dan berbeza.
  • Memacu negara ke arah mewujudkan masyarakat pengguna yang sedar akan hak mereka sebagai pengguna serta masyarakat pengguna yang perkasa.

DEFINISI PENGGUNA DAN KEPENGGUNAAN



PENGGUNA
Orang yang menggunakan barang dan perkhidmatan serta alam sekitar

KEPENGGUNAAN
Kegiatan yang dilakukan untuk menjaga hak dan kepentingan pengguna



PENGHARGAAN




Kelab Pengguna SMK Simpang Bekoh merakamkan setinggi -tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada :

·        Pengetua
·        Barisan pentadbir
·        Guru-guru
·        Ahli-ahli Kelab Pengguna

Serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.